Dealer

1. Beli simkad OneXOX, RM 10.00. Tersedia kredit RM 5.00

2. Untuk melayakkan dapat 28 bulan tempoh ‘expired’ sila pastikan buat tambah nilai (topup) RM 10.00 dalam masa 24 jam dari pengaktifan simkad. Atau jika terlupa buat tambah nilai dalam tempoh 24 jam tersebut, bolehlah buat tambah nilai RM50.00 dalam tempoh 30 hari dari pengaktifan simkad. (Tempoh 28 bulan ini diberikan percuma tanpa menolak nilai kredit anda.)

3. Setiap tambah nilai akan dibahagikan seperti berikut (rujuk ruangan Tambah Nilai), dan setiap penggunaan panggilan telefon dan sms akan dipecahkan mengikut DA dan MA (rujuk ruangan SMS dan Tempoh Panggilan). Semakin banyak nilai topup yang dipilih semakin menjimatkan setiap penggunaan. Penggunaan DA yang lebih murah akan ditolak terlebih dahulu sehinggalah habis barulah kuoata kredit di ruangan MA akan digunakan. (Rujuk pakej Season Pass (SP) untuk lebih penjimatan.)

4. Selain itu OneXOX juga membenarkan ditetapkan kepada 10 nombor untuk lebih penjimatan (rujuk 10 Famili & Rakan). Penetapan boleh dibuat kepada semua rangkaian, termasuk talian tetap.

5. Pengaktifan Internet untuk Pertama Kali akan disertakan bonus sekali ganda. Pastikan baki kredit mencukupi mengikut pilihan pakej. Tersedia 3 pilihan iaitu dua untuk internet dan satu untuk panggilan. Pakej internet iaitu SP FAT10 (10GB + 10GB) berharga RM50 dan SP FAT5 (5GB+5GB) berharga RM30. Manakala untuk panggilan diberikan 333minit dengan harga RM30.

Bagi data FAT10, 10GB akan diaktifkan serta merta, manakala 10GB lagi akan disimpan dalam stok Season Pass (SP).

*Kena langgan dalam tempoh 10 hari dari pengaktifan simkad untuk melayakkan dapat kuota bonus tersebut.

6. Season Pass berfungsi sebagai stok untuk menyimpan kuoata data, masa panggilan dan SMS. Bagi kuota data, perlu diaktifkan terlebih dahulu mengikut keperluan. Manakala bagi penggunaan masa panggilan dan SMS akan ditolak serta merta setiapkali digunakan. (Selepas habis masa dan sms dalam Season Pass barulah akan ditolak nilai kredit.) Baki season pass boleh dibawa ke bulan berikut sepenuhnya.

Bersambung… (Panduan OneXOX untuk Season Pass)

 

Cara Semak Baki

Baki Penggunaan semasa – BAL dan hantar ke 22111 @ 23388

Baki Season Pass – SP BAL dan hantar ke 22111 @ 23388


Senarai Simkad | Info OneXOX | Whatsapp untuk Beli | Whatsapp untuk Tanya


ok.

 

Berminat Jadi Rakan Niaga OneXOX

  1. Perkenalkan OneXOX kepada kenalan (User Get User) – setiap kali kenalan yang dikenalkan topup akan dapat 5% insentif.
  2. Jadi Sub Dealer – setiap kali pengguna didaftarkan akan dapat 10% insentif (klik untuk info lanjut Sub-Dealer)

 

Panduan Pengguna Baru OneXOX
Tagged on:

Tinggalkan Balasan

%d bloggers like this: