Apa itu WordPress?

WordPress merupakan satu jenis CMS (sistem pengurusan kandungan) yang sangat popular dalam membina laman web. Ianya berasaskan PHP, CSS dan menggunakan datasase MySQL.

Seiring dengan peredaran zaman penggunaan sistem ini semakin bertambah maju dan mempunyai fungsi fungsi yang pelbagai. Selain itu cara mengunakannya juga menjadi semakin mudah.

Saya sendiri telah menggunakan sistem ini lebih 12 tahun. Namun pada masa itu saya juga menggunakan sistem lain seperti Joomla, Drupal, PHP Nuke dan lain-lain.

Sepertimana CMS yang lain, wordpress ini juga mempunyai dua bahagian penting iaitu backend (bahagian admin menguruskan web) dan frontend (ruangan yang menjadi tatapan penunjung web)

Berikut ini disenaraikan kandungan penting bagi WordPress

  1. Theme – merupakan template design yang menjadi asas rekabentuk
  2. Widget – fungsi tambahan yang boleh ditambah terus ke web wordpress. Antara widget popular seperti slider (image bergerak), akismet (penapis komen spam), jetpack (anlysis penunjung web), contact form (borang hubungi) dan banyak lagi mengikut keperluan pengguna.
  3. Extra Modul – merupakan widget yang kompleks dan berangkai yang seolah membentuk sistem sendiri seperti WooCommerce iaitu sistem jualan online.

Dari senarai di atas kesemua kandungan itu mempunyak versi percuma dan berbayar. Versi percuma biasanya lebih ringkas berbanding berbayar.

Leave a Reply